ME, MYSELF n I

Malaysia
petite size but fierce attitude...sharp tongue but compassionate heart....manga freak...food addict...and suffered from severe inferiority complex....I think I'm ugly....

Tuesday, January 25, 2011

saya sudah bosan dengan awak..

Niat di tahun baru ini saya mahu menjadi positif...tidak bolehkah awak membiarkan mood saya itu baik walaupun untuk seketika...dahulu saya bersabar kerana saya cuba memahami kesusahan awak, masalah awak...tapi kini, setelah segala-galanya berjalan mengikut apa yg awak inginkan,kenapa awak masih merungut kepada saya.?
Mungkin awak menganggap saya tidak mempunyai masalah saya sendiri, kerana saya sangat susah untuk menghubungi awak.Awak sentiasa bercerita tentang sakit yang awak tanggung, dan menangis mengenangkan perkara buruk yang menimpa awak. Tetapi awak tidak terlintas untuk berfikir yang saya sedang menghadapi situasi yang lebih buruk dari awak. Setiap kali saya cuba bermanis muka dan mulut, menenangkan awak. Tetapi kata-kata saya tiada satu pun yang masuk di telinga awak. Acapkali awak merasakan diri awaklah yang paling bernasib malang di dunia.
Pernah sekali awak berkata kepada saya, yang awak sangat marah apabila si dia tiada bersama awak sewaktu dalam situasi getir. Tetapi awak lupa, tiada siapa di sisi saya apabila saya mengetahui nasib saya. Pernah juga awak berkata yang awak sgt takut untuk pergi ke hospital seorg...tetapi setiap kali saya ke sana. Saya selalu seorang.
Sekarang awak sudah dapat apa yang awak inginkan. Awak sudah dapat bersama-sama si dia. Tapi masih lagi hati awak tidak puas. Awak tetap merasakan awak mangsa, dan semua orang di sekiling awak tidak melayan awak sepatutnya. Mungkin awak fikir dunia hanya berputar di keliling awak. Tapi awak terlupa, setiap orang di sekeliling awak ada hidup yang perlu diteruskan, suka atau tidak.Awak telah dapat apa yang awak inginkan. Berhentila merungut. Semua sudah ada di depan mata. Keluarga dan orang yang awak kasihi. Jangan ambil mudah dengan apa yang awak ada. Saya tiada semua itu. Kadang-kadang saya cemburu dengan awak. Tetapi sekarang saya sudah bosan dengan awak. Saya mintak maaf sebab malas nak jawab panggilan awak. Sebab saya tidak mahu berterusan memendam rasa dengan sikap awak yang tidak ambil kisah pasal saya.

No comments:

Post a Comment