ME, MYSELF n I

Malaysia
petite size but fierce attitude...sharp tongue but compassionate heart....manga freak...food addict...and suffered from severe inferiority complex....I think I'm ugly....

Thursday, March 18, 2010

kepada tuan guru besar...

assalamualaikum tuan guru besar.saya amat bertuah kerana dapat mengajar di bawah kepimpinan anda.tuan amat baik sekali.tetapi tuan guru besar.Diharap anda dapat melupakan niat baik tuan guru besar untuk melihat saya tenang dan aman damai.Seperti yang tuan guru besar sendiri tahu dan guru-guru lain pura-pura tak tahu,saya memang tak layak langsung menjadi ketua rumah sukan,bak kata guru besar..ketinggian saya yang di bawah paras norma ini tidak membantu dalam melahirkan atlit2 sukan ternama yang akan mengharumkan nama sekolah kita nanti.Rupa saya yang seiras kanak-kanak riang juga akan menyebabkan pelajar lain menjadi tidak serius menjalankan aktiviti sukan.saya hargai pandangan tulus tuan guru besar.Alangkah bagusnya jika guru2 lain berpendapat seperti tuan.saya boleh hidup dengan bersenang lenang di sekolah.
Tetapi,tuan semestinya faham,adat orang baru mesti akan dibuli sepuas-puasnya apatah lagi jika orang baru itu disokong oleh guru besar.sekiranya tuan guru besar berdiam diri dan tidak mempertahankan ketidak layakan saya menjadi seorang ketua rumah sukan,guru-guru yang lain mungkin tidak akan sebulat suara melantik saya menjadi setiausaha kelab guru.tuan sendiri sedia maklum yang tulisan saya sangat buruk.jadi setiausaha berjuta-juta kali ganda tanggungjawabnya berbanding ketua rumah sukan.
Mungkin ini adat orang merantau.Keluar mulut harimau,masuk mulut buaya.walaupun dalam kemuncungan mulut,saya terpaksa menerima jawatan yang maha berat untuk guru yang baru mengajar 4 bulan,tapi saya redha.bak kata cik X,kalau tak sekarang,bila lagi nak belajar. walaubagaimanapun,saya amat terharu dengan keperihatinan yang tuan guru besar tunjukkan.diharap kalau saya tak sempat buat minit mesyuarat,tuan boleh tolong saya cover up.kita kan geng....isk isk isk....

No comments:

Post a Comment